Wednesday, April 1, 2020

MASJID KAMPUNG HULU MELAKA



Post: 2\4\2020 Hari ke 16 PKP Covid 19, melihat muka dan pemandangan yang sama, bukan selalu dapat buat macam ni. Masa nilah nak korek balik abandoned job masa sibuk dulu. Saya akan upload beberapa tempat yang sempat dijelajahi sepanjang dua tahun berada di Melaka.

Untuk masjid saya, suka pergi masjid lama-lama. Rare dan dapat la tumpang keberkatan tempat sujud orang soleh, untung untung jumpa waliullah. Bukan riak tunjuk kaki masjid, tapi nak mencetus minat kepada sesiapa yang tidak tahu.


1.  Catatan awal pembinaan 1720 (79 tahun selepas Portugis kalah kepada Belanda pada 1641) telah diperbaharui pada tahun 1892 dan sentiasa dipulihara sehingga kini dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
2. Masjid dibina oleh Dato’ Shamsudin, atas tanah yang Belanda berikan kepada bapanya Dato’ Aroon (Harun) pada tahun 1700. Dato’ Aroon asal negara China dan memeluk Islam, dapat tanah semasa umurnya 84 tahun beliau juga pernah dilantik sebagai Kapitan Melayu. Dua tokoh pengasas iaitu Dato’ Aroon dan Dato’ Shamsudin dikuburkan di Bukit Beruang yang dikenali sebagai Kerabah Gubah.

3. Belakang masjid ada makam Wazir Al Syeikh Omar bin Hussain Al-Attas yang berkahwin dengan keturunan Dato’ Shamsudin, juga kubur Sayyid Abdullah Al-Haddad. Juga tapak perkuburan orang Islam yang tinggal dipersekitaran.
4. Rekabentuk sama dengan Masjid Kampung Laut Kelantan, Jubin seramik dan lantai guna corak zaman dinasti Ching, beberapa konservasi dilakukan sampai tahun 1997, jubin bumbung Belanda ditempah khas dari Indonesia, Syiling bangunan menampakkan loteng dan kubah sepertimana asal.
5. Tarikan lain adalah mimbar khatib yang seakan tandu cina, bukan ini sahaja yang mirip design cina, bahkan 80% bumbung adalah mirip bumbung cina. Penekanan saya berikan kepada kedudukan mimbar yang terletak sebalah kanan mihrab. Menjadikan tempat imam adalah tengah-tengah saf. 

6. Mimbar juga dalam keadaan terbuka dinaiki oleh khatib pada hari jumaat. Tujuan imam naik mimbar dengan membelakangi makmum, adalah untuk makmum usha, manatau kat belakang jubah imam ada taik cicak ka, najis apa ka.. supaya makmum boleh tegur. Rukun Jumaat kena buat jemaah, kalau imam tak sah solat, maka tiadalah sah solat jumaat bagi kesemua makmum pada hari tersebut.


7. Kedudukan mimbar berada diluar, tidak tersorok ke dalam mihrab sepertimana modern design masjid sekarang. Tujuan bukan apa supaya makmum dari semua arah, termasuk sof paling depan, tepi belah kanan dan kiri dapat tengok khatib bagi khutbah, baru tak tido.



8. Imam menaiki anak tangga yang sedikit, sebab ni masjidnya kecik aje, jadi tak perlu tinggi-tinggi. Kalau tuan ingat hadis nabi pasal malaikat Jibril mendoakan kebinasaan kepada 3 golongan.. atau kalau tak ingat juga lagu ‘sebatang pokok tamar’ disitu ada prescripted mimbar nabi. Ada 3 anak tangga. Unless besor macam masjid al Fateh kat Turki mimbarnya tinggi, mau semput atau gayat khatib senior nak panjat.


9. Selain dari dalam, luaran masjid juga indah. Tumpuan saya pada kolah wudhu’. Banyak bende boleh cerita pasal kolah, saya ambil satu sahaja.. kolah sini dikekalkan bentuk tradisi iaitu foot level, maknanya kena mencangkung untuk sua tangan ambil wudhu. Jangan terjerombab udah. Sudah basuh muka, tangan, kepala semua air masuk balik dalam kolah, kecuali basuh kaki kita sua la kaki kat luar tembok kolah. Inilah satu rahsia kenapa air kolah Masjid Kampung Hulu, dibuat ubat oleh orang Melayu dan Cina dekat dekat situ. Rahsianya kena tunggu uasan masjid seterusnya..



10. Saya ziarah dalam bulan Ramadhan, istimewa disini ada buka puasa berjemaah, ada bacaan ratib al haddad sebelum isya’, lepas terawih ada tahlil, more, zikir, tadarrus, masjid ini hidup! Tak hairanlah Ia menjadi tumpuan samada orang Melaka ataupun luar Melaka untuk beriktikaf berqiyam bagai. Boleh juga sewa hotel betul betul depan masjid tu.

Masuk-masuk sahaja tuan akan disambut oleh meriam sederhana besar, mungkin original kut, sapa boleh baca catatan pada meriam tersebut?

Post: Semoga PKP ini akan menjadikan tuan-tuan dan puan-puan lebih bertaqwa dan bertambah amal, tambahan lagi menjelang ramadhaan 1441H tak sampai sebulan lagi.


No comments:

Post a Comment