DOA JANGAN SESAT DAN PERLINDUNGAN EXTRA
Pra: Untuk yang plan nak masuk hutan tempat mahkluk ghoib
dan haiwan buas, patut kena berdoa yang diambil dari quran dan dari hadis
nabi. Ada banyak sebenarnya bacaan yang boleh membantu kita, tapi bagi sikit
sikit lah, banyak banyak pun nanti tak teramal pula…. Cuma pakcik tulis kat
blog ni senang korang nak buat reference.
Imam Black, di Post 2 Tangeangean, Rinjani Lombok Mission 22/07/2018 gempabumi Lombok 29/07/2018. Sehari selepas kami mendarat di KLIA, Syukur Allah melindungi kami dari bahaya.
1. Sejujurnya doa ini banyak diamalkan oleh Hakim Syarie, pengamal
perubatan tradisional, para asatizah dan lain-lain. Yang ni doa bertaraf warid
dari Quran, so takde timbul bida’ah pemende. Boleh selak terjemahan dan tafsir
Surah Al-Israa: 80 dan 81. Dalam 2013 jumpa printed kat lobby RTM Johor. Tahniah kepada sesiapa yang mengamalkannya.
Doa kelancaran bertugas, di ruang foyer RTM Johor, rakaman pakcik dalam Sesi Faraid bersama penerbit Dj Sham 'ito' 10/10/2014 setiap Jumaat 6.30 petang (2014-2017)
2. Biasanya dalam hutan, adalah tempat yang dihuni makhluk yang
kita tak nampak, kadang-kadang kehadiran kita ada yang menarik perhatian ‘mereka’,
samada nak menguji atau memang benar-benar berkenan dengan kita (buat pasangan
hidup). Cuma jarang dengar hikers yang hilang ghaib begitu saja, tapi fakta ini
bukanlah lesen untuk kita masuk hutan melenggang tanpa jampi atau doa.
Abang Jamil, Black, Acap (bukan yang hilang tu) dan porter Rinjani di jalan turun antara Pada Balong dan Post Tangeangean
3. Bende kalau nak hilang, tak perlu daki gunung, hiking,
trekking, mountaining, ultras, spartan hatta running pun boleh hilang, dalam kes
bizarre macam kehilangan acap di gua tempurung, ramai kut yang jadi peserta
running event tu, tapi perkara tidak diingini tetap berlaku. Hampir tak logik
kan.. ada ratusan peserta, urusetia bagai. Kes ni mengajar, peng’ghaib’an manusia
boleh berlaku dimana-mana, bukan tengah tengah hutan je. Kat kawasan
perumahanpun boleh berlaku ….kes ‘along’, penyewa lari malam.. antaranya.
cuplikan dari surat khabo sinar harian 'acap' adalah salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail dan pernah mendaki gunung Rinjani di Lombok.
4. Kat belah kampung 'mem' besor, ada kes misteri seorang peneroka FELDA
Ulu Dengar yang ghaib dalam kebun sawit berhampiran Gunung Belumut, Kluang
Johor. pencarian SAR dibuat, doa berjemaah yasinan dah dibuat sekitar April
2016 namun sampai kini masih belum muncul muncul. Padahal dia nak cari barang lusuh dan peneroka takkan tak biasa dalam kebun sawit, tempat cari rezeki tu. Tapi tu lah, nak cerita Allah punya kuasa.
Kehilangan Pakcik Talib Sarip 62, Kebun yang dia ghaib tu jiran sebolah dengan Gunung Belumut, Kampung Kak Tipah korang, Mukmin Backpackers dah naik pada 31/10/2013
pautan rich ezul di http://mukminbackpackers.blogspot.com/2013/11/rehlah-gunung-berlumutkluang.html
5. Oleh sebab itu wajar beringat, makhluk tu pun dia hamba Allah
jua, so yang mana Islam, bacalah doa yang patut-patut, jangan bongkak dan
takabbur, awasi kata-kata. Masuk rumah orang ada adab, begitu juga masuk dalam
hutan. Doa dan tawakkal bergantung penuh pada Allah, nescaya selamat, kalau nak
jadipun tu atas kuasa dan hikmah Allah. (manatau dapat poligami dengan jin
kaaa/hukum kawin dengan jin dalam entry lain)
6. Yang ni share kesinambungan dari zikir basic dalam hutan entry terdahulu.
Ayat Al-Isra’ 80 dan 81 ni dibaca oleh tukang baca doa, yang lain tukang amin. bagi yang ada group
better buat secara berjemaah, jadikan amalan biasa buat selepas stretching atau
selepas taklimat sebelum masuk gerbang hutan. Afdhol juga dibaca secara personal panjatkan pengharapan pada Allah supaya jangan sesat, jauhkan bala... sambil melangkah kaki kanan. Doa ni senjata orang beriman. Selamat InsyaAllah. Berikut adalah ayatnya:
Al-Israa:41
7. Terjemahan: "Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai
Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar
lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar
lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan
yang menolongku", [Al-Israa’: 41]
8. Tafsiran ringkas ayat 80: menurut riwayat Ibn Abbas, ayat
ini diturunkan di Mekah sebelum rasul berhijrah, apabila kafir musyrikin hendak
membunuh, mengusir atau mengurung rasul, maka Allah perintahkan rasul
berhijrah.
9. Qatadah mengatakan tempat masuk yang dimaksudkan adalah
Madinah dan tempat keluar adalah Mekah. Ibnu Abbas juga menyatakan masuk itu
adalah mati dan keluar itu adalah kehidupan selepas kematian. Dalam tafsir Qurtubi: Ayat ini umum pada setiap perkara
termasuklah semasa hendak melakukan perjalanan dan apa-apa perbuatan, boleh
dijadikan doa yang memberi maksud, Tuhanku perbaikilah bagiku dalam melakukan setiap
perbuatan.
Sekali lagi post Imam Black, susunan imam dan makmum secara dharurat. Pondoknya kecik nau. Disini kami makan tembikai hempas yang dipotong secara tradisional oleh guider.
10. Manakala ayat 81: “dan katakanlah: ‘Yang benar telah datang
dan yang bathil telah lenyap” Allah SWT menjanjikan kemenangan Rasul atas Rom
dan Parsi, supaya Rasul dapat menegakkan Islam dengan kekuasaan. Islam datang
untuk menegakkan keadilan dan membenteras kezaliman. Ini riwayat dari Qatadah.
11. Ayat ini juga ancaman kepada mushrikin dan mereka yang
memusuhi Rasul. Dalam hadis Bukhari, dari `Abdullah bin Mas’ud, ia bercerita,
Nabi saw. pernah memasuki kota Makkah sedang di sekitar Baitullah terdapat 360
patung. Maka beliau pun menghancurkannya dengan tongkat yang dibawanya seraya
berucap: “Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap.” Sesungguhnya
yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. “Kebenaran telah datang dan
yang bathil itu tidak akan memulai dan tidak pula akan kembali lagi.” [Saba’:
49]
"Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap" 17:82
Post: Kalau dah mula
beramal dengan ayat ini, hendaklah kita beringat dalam berbuat sesuatu
biarlah ia dipandu oleh Allah, jadi kalau nak buat benda yang dipandu oleh Allah
semestinya bukanlah perkara yang mungkar kan? Yang memasukkan kita dalam hutan
adalah Allah dan mengeluarkan kita dari hutan juga Allah. Ingat ayat ini,
tatkala tersesat seorang atau berkumpulan bacalah ….sedangkan dalam movie seremm
arahan anak yusuf haslam pun ada dibaca ayat ni takkan korang tak leh baca kut.
#fuji2020
Alhamdulillah.. terbaik perkongsian ust.. perjalanan kita ke rinjani selamat pulang sehari sebelum gempa bumi di sana, mengorbanan seorg pendaki dari Malaysia
ReplyDelete