Wednesday, April 8, 2020

POWIL RAMBO KAMPUNG SEDIM JURNAL MB GUNUNG BINTANG 03\2014 (1)

Pre: Hari PKP ke 18 (4\4\2020) dapat up-kan misi Bintang. Gigih cari balik guider abg Adam Encik Bear nak recall. Stay at home Malaysa.

1. Mungkin gunung ni antara yang kami tak boleh lupa sampai bila-bila. Sangat rare dan memberi kesan kepada keakraban grup ini. Sebilangan kecil dalam grup ini mungkin dah ada yang gantung boots sekarang ni, tapi kalau throwback gambar mungkin siapa tahu lain pulak jadinya.
2. Gunung Bintang 1,861 meter dari aras laut, kaki gunungnya dikenali dengan hutan lipur Sungai Sedim. Terletak antara sempadan Perak dan Kedah, aktiviti hiking disini tidaklah sekerap gunung tahan, entah dimana silapnya. Namun inilah yang menjadi keistimewaan apabila trek tidak banyak disentuh maka cabaran pun bertambah banyak. Bukan kaleng kaleng.
3. Kat negeri Kedah, inilah puncak tertinggi, biasa pendaki dari utara akan masuk melalui Bandar Kulim atau mungkin juga dari Baling, manakala dari selatan akan berkumpul di Selama Perak dan masuk melalui Mahang, Kulim. Dalam satu banjaran yang sama, terdapat Gunung Inas 1801m yang menganjur dari Selatan Thailand, makna kata kalau jalan terus tanpa pedoman, tuan puan mungkin termasuk negara orang tanpa passport.
4. Bermula dari kaki gunung, perjalanan dimulai dengan menaiki land rover abang “Mie Rambo”, sehebat namanya, size ala ala XL bertambah sado dengan powil lebih suku abad umurnya. Memang mantap land rover tu nampak macam tak semenggah tapi dia punya pikap macam badak lapar.
5. Cuma tu lah nak kata, benda kalau british buat memang tahan, anda jangan tertipu dengan make-up powil kaler pink corak blazing fire hendak tak hendak disisi pintu aluminium, juga goresan stripe biru lebihan cat pagar rumah abang Mie Rambo mungkin, keupayaan mengangkut kami 10 orang beserta 2 guider naik gunung sekaligus mesti korang tak percaya kannn.
6. Itu benda ajaib pertama kami jumpa, agak 10 minit jugak, powil ajaib tu mengaum naik kaki gunung Bintang, perjalanan kami dihalang banir pokok yang tumbang disebelah kanan jalan, menghalang laluan. Nampak disini jarang sangat laluan ini digunakan. Benda ajaib kedua mula dikeluarkan abang Mie.

7. Abang Mie macam tau tau ajer, ada pokok tumbang melintang atas trek, bunyi chainsaw memecah kesunyian kaki gunung pagi ni. Mungkin ini salam pertama kami kepada penghuni rimba gunung Bintang. Jarang hiking nak jumpa chainsaw, pokok tumbang pulak bukan satu dua ajer... kegigihan Abang Mie kami balas dengan membantu beliau menarik kayu keluar dari trek.

8. Dalam 20 minit juga, kami naik turun naik turun powil Abang Mie mengerjakan kayu kayan penghalang jalan, akhirnya jalan beraspal tiba di penghujung, tiba masa untuk kami tinggalkan powil wonder dan gunakan kudrat sebenar hikers. Apa apahal, Abang Adam bagi taklimat dulu sebelum memulakan kick start kami di gunung yang asing ini....

No comments:

Post a Comment