Wednesday, November 13, 2019

MASUK KELUAR HUTAN DENGAN SELAMAT : DOA


DOA JANGAN SESAT DAN PERLINDUNGAN EXTRA

Pra: Untuk yang plan nak masuk hutan tempat mahkluk ghoib dan haiwan buas, patut kena berdoa yang diambil dari quran dan dari hadis nabi. Ada banyak sebenarnya bacaan yang boleh membantu kita, tapi bagi sikit sikit lah, banyak banyak pun nanti tak teramal pula…. Cuma pakcik tulis kat blog ni senang korang nak buat reference.
Imam Black, di Post 2 Tangeangean, Rinjani Lombok Mission 22/07/2018 gempabumi Lombok 29/07/2018. Sehari selepas kami mendarat di KLIA, Syukur Allah melindungi kami dari bahaya.

1. Sejujurnya doa ini banyak diamalkan oleh Hakim Syarie, pengamal perubatan tradisional, para asatizah dan lain-lain. Yang ni doa bertaraf warid dari Quran, so takde timbul bida’ah pemende. Boleh selak terjemahan dan tafsir Surah Al-Israa: 80 dan 81. Dalam 2013 jumpa printed kat lobby RTM Johor. Tahniah kepada sesiapa yang mengamalkannya.

Doa kelancaran bertugas, di ruang foyer RTM Johor, rakaman pakcik dalam Sesi Faraid bersama penerbit Dj Sham 'ito' 10/10/2014 setiap Jumaat 6.30 petang (2014-2017)

2. Biasanya dalam hutan, adalah tempat yang dihuni makhluk yang kita tak nampak, kadang-kadang kehadiran kita ada yang menarik perhatian ‘mereka’, samada nak menguji atau memang benar-benar berkenan dengan kita (buat pasangan hidup). Cuma jarang dengar hikers yang hilang ghaib begitu saja, tapi fakta ini bukanlah lesen untuk kita masuk hutan melenggang tanpa jampi atau doa.

Abang Jamil, Black, Acap (bukan yang hilang tu) dan porter Rinjani di jalan turun antara Pada Balong dan Post Tangeangean 

3. Bende kalau nak hilang, tak perlu daki gunung, hiking, trekking, mountaining, ultras, spartan hatta running pun boleh hilang, dalam kes bizarre macam kehilangan acap di gua tempurung, ramai kut yang jadi peserta running event tu, tapi perkara tidak diingini tetap berlaku. Hampir tak logik kan.. ada ratusan peserta, urusetia bagai. Kes ni mengajar, peng’ghaib’an manusia boleh berlaku dimana-mana, bukan tengah tengah hutan je. Kat kawasan perumahanpun boleh berlaku ….kes ‘along’, penyewa lari malam.. antaranya.
cuplikan dari surat khabo sinar harian 'acap' adalah salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail dan pernah mendaki gunung Rinjani di Lombok.

4. Kat belah kampung 'mem' besor, ada kes misteri seorang peneroka FELDA Ulu Dengar yang ghaib dalam kebun sawit berhampiran Gunung Belumut, Kluang Johor. pencarian SAR dibuat, doa berjemaah yasinan dah dibuat sekitar April 2016 namun sampai kini masih belum muncul muncul. Padahal dia nak cari barang lusuh dan peneroka takkan tak biasa dalam kebun sawit, tempat cari rezeki tu. Tapi tu lah, nak cerita Allah punya kuasa.
Kehilangan Pakcik Talib Sarip  62, Kebun yang dia ghaib tu jiran sebolah dengan Gunung Belumut, Kampung Kak Tipah korang, Mukmin Backpackers dah naik pada 31/10/2013

5. Oleh sebab itu wajar beringat, makhluk tu pun dia hamba Allah jua, so yang mana Islam, bacalah doa yang patut-patut, jangan bongkak dan takabbur, awasi kata-kata. Masuk rumah orang ada adab, begitu juga masuk dalam hutan. Doa dan tawakkal bergantung penuh pada Allah, nescaya selamat, kalau nak jadipun tu atas kuasa dan hikmah Allah. (manatau dapat poligami dengan jin kaaa/hukum kawin dengan jin dalam entry lain)

6. Yang ni share kesinambungan dari zikir basic dalam hutan entry terdahulu. Ayat Al-Isra’ 80 dan 81 ni dibaca oleh tukang baca doa, yang lain tukang amin. bagi yang ada group better buat secara berjemaah, jadikan amalan biasa buat selepas stretching atau selepas taklimat sebelum masuk gerbang hutan. Afdhol juga dibaca secara personal panjatkan pengharapan pada Allah supaya jangan sesat, jauhkan bala... sambil melangkah kaki kanan. Doa ni senjata orang beriman. Selamat InsyaAllah. Berikut adalah ayatnya:  
Al-Israa:41

7. Terjemahan: "Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku", [Al-Israa’: 41]

8. Tafsiran ringkas ayat 80: menurut riwayat Ibn Abbas, ayat ini diturunkan di Mekah sebelum rasul berhijrah, apabila kafir musyrikin hendak membunuh, mengusir atau mengurung rasul, maka Allah perintahkan rasul berhijrah.

9. Qatadah mengatakan tempat masuk yang dimaksudkan adalah Madinah dan tempat keluar adalah Mekah. Ibnu Abbas juga menyatakan masuk itu adalah mati dan keluar itu adalah kehidupan selepas kematian. Dalam tafsir Qurtubi: Ayat ini umum pada setiap perkara termasuklah semasa hendak melakukan perjalanan dan apa-apa perbuatan, boleh dijadikan doa yang memberi maksud, Tuhanku perbaikilah bagiku dalam melakukan setiap perbuatan.
Sekali lagi post Imam Black, susunan imam dan makmum secara dharurat. Pondoknya kecik nau. Disini kami makan tembikai hempas yang dipotong secara tradisional oleh guider.

10. Manakala ayat 81: “dan katakanlah: ‘Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap” Allah SWT menjanjikan kemenangan Rasul atas Rom dan Parsi, supaya Rasul dapat menegakkan Islam dengan kekuasaan. Islam datang untuk menegakkan keadilan dan membenteras kezaliman. Ini riwayat dari Qatadah.

11. Ayat ini juga ancaman kepada mushrikin dan mereka yang memusuhi Rasul. Dalam hadis Bukhari, dari `Abdullah bin Mas’ud, ia bercerita, Nabi saw. pernah memasuki kota Makkah sedang di sekitar Baitullah terdapat 360 patung. Maka beliau pun menghancurkannya dengan tongkat yang dibawanya seraya berucap: “Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap.” Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. “Kebenaran telah datang dan yang bathil itu tidak akan memulai dan tidak pula akan kembali lagi.” [Saba’: 49]
"Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap" 17:82

Post: Kalau dah mula beramal dengan ayat ini, hendaklah kita beringat dalam berbuat sesuatu biarlah ia dipandu oleh Allah, jadi kalau nak buat benda yang dipandu oleh Allah semestinya bukanlah perkara yang mungkar kan? Yang memasukkan kita dalam hutan adalah Allah dan mengeluarkan kita dari hutan juga Allah. Ingat ayat ini, tatkala tersesat seorang atau berkumpulan bacalah ….sedangkan dalam movie seremm arahan anak yusuf haslam pun ada dibaca ayat ni takkan korang tak leh baca kut.

#fuji2020

Wednesday, November 6, 2019

ZIKIR BASIC DALAM HUTAN

INGAT TUHAN WALAU ATAS BUKIT ATAU DALAM HUTAN


Pra: Pasti ramai yang dah dapat zikir yang diberikan oleh guru, paling kurang pun kawan bagi atau rasa rasa nak sendiri nak zikir, zikir ni maksudnya untuk ingat Allah. Meskipun kita berzikir tapi ingat benda lain, tapi pahala tetap dapat, dan untuk lebih ampuh, perlu tahu makna dan yakin sesungguhnya yang memberi bekas hanya Allah SWT.

1. Susunan zikir ini, dah lama diamalkan oleh pakcik, biasanya ingat waktu diluar rumah, dalam rumah selalunya alpa kalau takda gangguan. Tapi kalau dalam hutan biasanya lagi banyak yang dibaca.

2. Zikir itu ikut kemampuan atau keperluan, sebab Allah sendiri telah tetapkan zikir untuk manusia yang beriman itu adalah semasa waktu solatnya, manusia yang tidak solat itu luput ingatannya pada Allah, Nauzubillah.

3. Kalau nak panjang takut tak teramal, dapat sanadnya saja boleh nak istiqamah ikutlah martabat iman sendiri. Jadi kalau nak mulakan biarlah dari basic, lebih basic dari basic adalah bacaan dalam solat.

4. Sebab tu dalam masa perjalanan Rasul suka berzikir cara solat, so solat sunat boleh sahaja dibuat atas kenderaan, cuma bila nak solat fardhu kena la berhenti jika boleh berhenti untuk solat sesempurna mungkin. Terkecuali atas kapal terbang atau tempat yang susah nak berhenti, jika berhenti tertinggal bas ekspress contohnya... saya dah dua kali kena tinggal bas, sekali kena tinggal flight.

5. Untuk basic atau biasher biasher inilah susunannya, tak ingat bermula dari siapa yang ajar saya, tapi ada sekali tu al Fadhil Ustaz Zahazan ajar semasa kuliah di Radio IKIM pukul 7.30 gitu samalah susunannya. Dimulai dengan Alfatihah, Ayatul Kursiy, Al Falaq, Annas, Auzubukalimatillah tiga kali, Bismillahillazi tiga kali. diulang pada pagi dan petang atau sebaiknya selepas solat subuh dan sebelum solat maghrib.


yang ni baca tiga kali

yang ni pun baca tiga kali

6. Pakcik try nak upload PDF susunan molek tapi server blogspot tanak bagi, jadi pakcik try gif sahajalah, boleh download dan simpan dalam fon kalau belum hafal. Tapi kalau nak PDF punya kena la komen atau emel pakcik. Yang pakcik susun dibawah ni BMP file, kalau print semula mungkin pecah gambo.

7. Manakala dah hafal dan istiqamah, kalau nak upgrade boleh la tambah lagi, tapi mungkin dalam tread yang lain, bawa basikal dulu dah terer baru bawa harley okeh. Semua ni kena pelan-pelan bagi istiqamah. Hafal mungkin senang tapi nak maintain tu susah. Tapi kalau terlupa taklah sampai berdosa pula.


Post:  Ajarlah spouse, pasangan, anak-anak, sebaik-baiknya kalau naik satu kereta biar ayahnya leadkan, baca beramai-ramai. Tak susah pun. Paling utama kalau bawa baby dalam kereta atau diluar rumah, lebih baik baca sebab baby ni fragile syaitan ummu sibyan suka bertenggek usik dia. Kalau dalam hutan hiking lagi kena baca, sebab makhluk halus suka.

Monday, January 28, 2019

Secangkir Kopi Lombok




Rasa tersendiri, aromanya tidak pernah dirasai dimana-mana, tambah melekat apabila dinikmati tepi atau dalam khemah duapertiga puncak Rinjani. Memecah kedinginan 3.00 pagi sebelum summit attack seazab mahsyary (al-ucopy). Pagi petang atau tengah malam porter yang dilingkari pelikat akan memanggil kita dalam apa jua cara, cuma untuk menghidangkan secangkir kopi lombok. “Gula atau susu, pak”?. Disisinya pancake. Oh ya, banana pancake. (tersenyum dalam hati)   

Sehirup kopi lombok panas, segera mengimbau kenangan bumi lombok, pulau seribu masjid. Kampung yang tenang, jalan tar yang sempit, lori pikap pengangkutan awam bagi pendaki, tiada bas, lori kontena apatah lagi keretapi. Tapi penduduk sini bahagia. Senyum sokmo, menenang hati.

Suasana agak berlainan di Mataram. (Di gugusan ini, ada lebih dari satu Mataram) pekan agak sibuk, tapi subuh dan diniharinya, sesepi gunung Rinjani. Pengalaman mencari Masjid di penempatan Hindu agak mencabar diwaktu subuh, suara azannya ada, masjidnya tak jumpa-jumpa. Almaklumlah tidur di hotel ala Bali.

Juan, daripada seorang porter kini sudah jadi organiser. Menawarkan kopi lombok yang dimasak sendiri, enaknya fuhhh anggun. Rasa mau setiap hari. Bawa balik sini, ada yang nak minta lagi. Tak tahulah kat mana nak cari, 




Sayang Kopi lombokku sudah nak habis, 

ada sapa sapa yang boleh tambahkan buatku lagi?.