1. Kewujudan Blog ini adalah atas niat suci hati untuk menyokong aktiviti Mukmin Backpackers (MB) yang telah diasaskan sejak tahun 2012. Admin hanya merupakan sukarelawan yang ingin melihat, minat serta hobi ini dapat menyatukan sekumpulan manusia atas dasar yang sama. Cinta kepada alam sekitar dan menghargai nikmat ciptaan Tuhan serta bersyukur dengan anugerahNya.
2. Blog ini juga diharapkan menjadi landasan MB untuk berinteraksi dengan penggemar sukan mendaki gunung yang lain diluar sana. Dengan memanfaatkan pengalaman dan ilmu yang diperolehi di setiap xpdc, maka sukan mendaki akan menjadi satu aktiviti yang selamat dan digemari oleh setiap golongan peringkat umur.
3. Blog ini akan membuat pautan dan akan memberi credit kepada mana-mana pautan yang di link kan disini. Mungkin akan berlaku satu keadaan content MB akan sama dengan mana-mana blog yang seumpamanya. Sekiranya berlaku demikian, admin memohon maaf dan bersedia untuk melakukan pindaan atas sarana yang diberikan.
4. Blog ini tidak akan bertanggungjawab atas penggunaan mana-mana isi kandungannya oleh mana-mana pihak. Segala yang dinyatakan adalah atas suci hati, sekiranya terdapat kerugian, kerosakan,kemalangan atau berlaku perubahan fakta disebabkan oleh isi kandungan blog ini, maka perkara tersebut adalah dibawah tanggungan sendiri.
5. Admin menggalakkan perkongsian atau comment samada oleh ahli MB ataupun dari mana-mana pembaca bagi memajukan lagi sukan pendakian gunung di Malaysia. Namun komen yang diberikan hendaklah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Komen yang mendatangkan kemudharatan kepada mana-mana pihak akan disekat tanpa sebarang amaran.
6. Admin menggalakkan sumbangan ahli MB samada berbentuk tulisan, gambar, video dan iklan serta tidak ketinggalan untuk jualan peralatan berkaitan mendaki terutamanya dari ahli MB sendiri. Disamping mempereratkan lagi ukhuwwah, admin mengharapkan blogsite ini akan mampu memberi faedah berbentuk janaan ekonomi ahli dan pengunjung lainnya.
6. Mukmin
Backpackers, organisasi tidak berasaskan keuntungan. Tempat berhimpun individu
berbeza tetapi berkongsi minat yang
sama. Menikmati alam semulajadi ciptaan Ilahi. Misi Mukmin Backpackers adalah untuk
memanfaatkan dinamika diri untuk manfaat semua. Demi Tuhan untuk manusia kepada
alam semesta.
Marilah. Sertai kami terokai dunia warisan kita! Mencari Yang Hakiki.
No comments:
Post a Comment