1. Gunung Bintang
ialah sebuah gunung
yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak.
Tingginya 1,862 meter
dari aras laut. Ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran
Bintang yang menganjur dari Selatan
Thailand. Pun begitu, puncak Gunung Bintang terletak di dalam
sempadan negeri Kedah. Gunung Bintang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane,
dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat
banyak flora di gunung
ini yang mempunyai nilai perubatan.untuk mendaki boleh melalui kampung Sedim.
2. Sertai
Mukmin Backpackers merentas denai hutan sambil menyaksikan fauna dan flora,
menjelajah gua, meredah jeram dan air terjun serta mendaki gunung untuk menikmati panorama indah
dari puncak gunung. Puncak Gunung Bintang merupakan batu sempadan bagi daerah
di dua negeri. Jika berjaya sampai ke kemuncaknya, maka anda telah berada di
Daerah Baling dan Daerah Kulim di negeri Kedah dan Daerah Ulu Perak dan Daerah
Selama di negeri Perak pada suatu masa yang sama.
3. Hutan
Lipur Sungai Sedim berada dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas .Lokasi Latitude/
Longitude (WGS84) 5° 26' N; 100° 52' E. Misi Mukmin Backpackers kali ini berada
33 km dari Bandar Kulim dan 130 km dari
Bandar Alor Setar melalui Jalan Karangan – Padang Serai. Pendakian biasanya mengambil masa 3 hari 2
malam, tetapi akan di padatkan kepada 2 hari 1 malam.
4. Trek
bermula di Sungai Sedim lebih kurang setengah jam dari Kulim Hi Tec. Khidmat
guider diwajibkan kerana jejak trek yang bersimpang dan laluan balak kerap
mengelirukan pendaki. Cabaran ini tidak sesuai untuk golongan rendah adrenalin
dan lemah kekuatan fizikal
5. Kepada yang kurang stamina,
buat latihan berjalan 10000 langkah/1jam 30min berjalan tanpa henti setiap
hari... InsyaAllah boleh sampai puncak kecuali injured.
Bonus untuk peserta kali ini adalah pada hari ketiga. Cabaran menyusuri jeram Sedim
yang ekstrim untuk sehari suntuk.
6. “White
Water Rafting” setelah diterjemahkan secara harfiah adalah “Berakit di Air
Putih”. Boleh juga dibaca dengan “menyusuri jeram berarus deras”. Pihak Mukmin
Backpackers bersetuju seawal misi Ledang (22/9/2013), bahawa tahun 2014 adalah
tahun sukan extrem bagi MB. Pemilihan Sungai Sedim sebagai lokasi sukan air
extrem kali ini dibuat atas beberapa faktor menarik.
7. Sungai
Sedim mengunjur sejauh 15 kilometer, sungai berarus deras ini telah diuji oleh
pakar sukan extreme antarabangsa. Ia telah disenaraikan sebagai salah satu dari
lima sungai terbaik untuk rafting dan kayak di dunia. Dengan reputasi sebaik
ini, Sungai Sedim selayaknya menjadi destinasi penggemar sukan lasak, salah
satu yang wujud di dunia. Ia disifatkan menyamai pengalaman rafting jeram di Selangor oleh penggemar sukan
tempatan. Sedim Rapid Kayaking Challenge telah diadakan disini pada tahun 1999 sekaligus
melonjakkan nama Sedim ke peringkat antarabangsa.
8. Terdapat
24 jeram sepanjang Sungai Sedim seperti Salak Drop, Triple Rapid, Kasai Drop,
Wall Drop, Lower Head Dam, Kawah Rapid, Jelutong Rapid, Rodeo Rapid, Slip Lip
Rapid and Cyclone Hile. Cabarannya pula ada pada skala gred 3 hingga 4 (sila ke
website) dimana diklasifikasikan mempunyai arus yang sangat kuat untuk rafting.
Disini juga ada satu-satunya Tree Top Walk, bernilai RM6 juta dibina oleh kerajaan persekutuan.
Jarak sejauh 950m menjadikannya terpanjang di dunia.
PS: MB masih mempunyai beberapa kekosongan untuk sesiapa yang mahu join, tarikh tutup adalah pada 6/2/2014. Sekiranya ada yang mahu menyertai kembara penuh cabaran ini, sila pm ibnu moksen.facebook atau aburazeen.facebook. untuk group sesiapapun boleh lihat mukminbackpackers di facebook.
No comments:
Post a Comment