Saturday, March 7, 2015

WALL OF GUNUNG PANTI KOTA TINGGI AND MEET RAJA RIMBA


Pre: 19/2/2015.Misi menjelajah pergunungan selatan diteruskan, 'bagai lapar disuruh makan' pakcik dengan sukacitanya menyambut pelawaan Saufiq ibnu Moksen al-Ucopi dan Naz Raja Rimba bagi menjayakan XPDC Gunung Panti, Kota Tinggi, Johor. Terima kasih tidak terhingga kepada Naz, Raja Rimba (aumm aumm) team Seagate dan peserta misi Panti Februari 2015 setiap seorangnya. Alhamdulillah bumi tuhan ini tidak pernah gagal menambahkan kekaguman terhadap kekuasaan Ilahi, serta rahmatNya yang tak terperi. Dengan RahmatNya juga ramai kawan-kawan baru dapat dipanjangkan silaturrahmi. Allahurabbi. 

Ground:
1. Gunung Panti ...siapa siapa pun tak cerita kat pakcik dari mana asal usul nama Panti, yang tahu kat Indonesia ada juga gunung Panti, Kawasan ni antara tempat favourite pendaki memanaskan badan, selain belumut, lambak, ...kalau tahap ledang tu bukan panas badan ..itu namanya cabaran. Apapun, ibarat bertandang ke tempat orang, cakap kena awas, gerak kena pantas. Jangan pandang rendah sebarang ciptaan Allah. Hikers Golden Rule #1.
2. Kali ini bukan anjuran Mukmin Backpackers, tapi tumpang 'tui' Raja Rimba, mereka adalah geng freelance yang buat konsultan aktiviti outdoor di sekitar Johor, semua nice-nice orangnya very helpful dan cepat mesra, typical Johorean. Apapun niat memanjangkan ukhuwah dapat di aplikasikan apabila 19 anggota yang kenal baru kenal bergerak bersama clinging each other turun naik bukit sepanjang hari.
3. Ahli MB ada seramai 3 orang, tapi kami tak tayang logo rasmi MB kat sini, tawadhuk le katakan, menumpang group orang ..agak-agak je la, jadi harini saya dan saufiq jadi model Columbia walau tidak diiktiraf oleh Columbia (R) sekalipun tidak sampai tahap underlicense atau underwater. Ni namanya Model Columbia Skudai haprak punya!. (Disclaimer: Ucop pakai kasut Columbia ori punyer)
4. Terdapat beberapa lokasi untuk memulakan pendakian, selain dari dekat Kampung Lukut, pendaki boleh juga ambil dari Jalan Mersing. Kalau nak pergi Mersing sebelum jumpa kubu perang zaman Jepun ada Panti Bird Sanctuari, jadi dekat dekat situ pun boleh mendaki. Tapi macam biasa regulation kena ikut, kena buat register kat Jabatan Hutan, report polis, kang kalau hilang tak balik 2 3 hari  idakle orang buat tak tahu pulak. 
5. Kali ni, kami mendaki mula masuk kebun sawit orang, agak mencabar mulanya sebab sendiri tak mau buat stretching, seb beik sepanjang minggu sebelum ni ada buat exercise, at least tak de la  internal injury. Saya tidak hairan dengan team consultant tengok equipment pun dah tahu, selalu sangat masuk hutan. Jadi mereka tak perlu stretching macam kami yang 3 bulan baru sekali sentuh kasut hiking. ...tu baru sentuh.
6. Satu keistimewaan apabila kita mendaki gunung, keperibadian seseorang akan cepat terserlah. Kalau jenis motivasi kuat, maka ia tidak akan cepat putus asa, malah akan inspiring orang sekelilingnya, tapi kalau low motivate atau low self esteem, maka ....ber'chenta'lah nak sampai ke puncak dibuatnya. Kalau jenis yang semangat ..berat badan 90 - 100 kilo pun takde mende, macam sorang group member si 'Mail', sangat sangat bermotivasi, masih mampu menguntum senyuman walau Nampak macam nak putus nyawa layaknya.
7. Konsultan yang berpengalaman banyak memain peranan sebagai fasilitator untuk setiap lekuk cabaran. Walau sebenarnya pendaki sendiri yang patut tolong diri sendiri tapi 'kegagahan' guider akan meyakinkan pendaki yang newbies atau pertama kali supaya menyempurnakan pendakian. Untuk markah penampilan sahaja pakcik dah bagi 4 bintang, kepada abang Nas dan Cik a.k.a black diatas. Macam sojar tinggal tak bawa senjata je lagi. Camouflage yang hebat akan membantu anda lebih yakin  ....nak tahu cubalah. 
 
 
The Peak
8. Untuk sampai ke puncak di ketinggian 1,498 kaki, Gunung Panti memberikan cabaran tersendiri. Batuan berlumut bakal memberikan thrill yang para pendaki mahukan. Kalau hujan lebat disini lebih baik jangan ambil trek berbatu seperti diatas, carilah yang ada tempat berpegang, kerana kebiasaannya batu batu berlumut ini akan menjadi tempat turun air. Kalau degil nak juga, pastikan kasut anda punya grip extraordinary punya, kalau tidak ada orang cium batu laaa. 
9. Tiada yang lebih menyeronokkan untuk pendaki selain dapat pijak ke kemuncak pendakian. Seronok satu lagi bila dah sampai bawah masa nak balik. Beberapa astonishing view sekitar Daerah Kota Tinggi pada ketinggian 531 M sempat dirakam oleh kamera henpon Ucop. Lupa nak bagitau henpon pakcik tertinggal kat rumah, ekspidisi kali ni cuma bawa power bank ajer ....apa ke jadah!. Apapun Allah tak bagi pakcik bawa henfon mesti ada sebabnya. Husnuz dzon dan serah kepadaNya sahajalah. 
10. Masa perjalanan naik tadi hujan gerimis mengundang sehingga menyebabkan poncho 2 ringgit mengambil tempat. Mujur Ucop masih simpan ponco yang digelak-gelakkan itu, persis plastic zabalah (sampah) aje. beza cuma ada lubang dan headcap. Tapi syukurlah dengan hujan tadi Allah telah berikan pemandangan yang cukup indah dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata buat kami hari ini. Ok hujan kejab ajer sekira-kira tidak merosakkan smartfon jika masuk dalam poket tapi cukup untuk membuat kita tidak selesa kalau hiking pakai seluar jeans.
 
11. Mula naik dalam pukul 9.00 lebih sikit sampai puncak ngam ngam zohor masuk. Alhamdulillah boleh solat kat atas, untuk average sebenarnya hanya 2 jam diperlukan untuk sampai ke puncak, tapi kali ni lebih banyak santai dan sembang-sembang dan tunggu orang. Ini menjadikan perjalanan ambil masa kurang lebih 4 jam. Bak kata Nora Danish ....kita enjoy!.
12. Seperti biasa, ambil oksijen, kawasan semulajadi sebegini sememangnya mendamaikan. Hati jadi tenang, fikiran jadi lapang, nafas jadi lancar, hati ingat Allah. Lupa kejab mengah dalam perjalanan, sangap menuntut kerehatan, sendi tubuh yang minta diregangkan. Semuanya berkat alam semulajadi yang diciptakan firsthand oleh Allah kepada hambaNya yang mahu berfikir.  
13. Kalau kita terperasan, apabila kita mendaki, bila kita jumpa pendaki yang lain, kita paling kurang akan menguntumkan senyuman.  Meskipun tidak dikenali, walaupun berlainan bangsa, pada yang pernah naik kinabalu, tambah tambah lagi bertembung dengan mat saleh kemain lagi nak speaking walau bersepah perginya. Yang penting kita akan jadi ramah automatic. Pengalaman yang sama berlaku apabila mendaki gunung Pulai (ada orang sebut 'bukit', no offence!) rata-rata yang naik akan tegur kita, at least "good morning!""are you alright?" bila deorang lihat muka awak pucat-pucat tak cukup oksigen.  Padahal kalau jumpa kat tepi jalan tengah Bandar tak rasa pula nak tegur orang bagaii.   
14. Antara faktornya adalah apabila kita berjumpa dengan orang yang berkecenderungan sama, contohnya suka mendaki, pasti kita akan suka. bila suka kita akan jadi ramah, bila ramah kita akan ringan mulut. maka berlakulah komunikasi. walaupun bersepah atau ke laut perginya. we share the same hobby. Faktor kedua: kita balik ke semulajadi, tak disibukkan dengan handset. Jaranglah jumpa orang menguliti henfon masa sedang mendaki melainkan mereka yang tak boleh beregang dengan gadget as part as their limb!. 
15. Faktor lain lagi, ialah kerana kita dipengaruhi oleh alam semulajadi, Alam semulajadi terdiri dari pokok, daun, lumut, flora, fauna, serangga, unggas, haiwan dan segala bagai. Semua makhluk Allah tadi semuanya bersifat semulajadi, mereka semua berzikir kepada Allah mengikut cara tersendiri. Kalau dengar bunyi katak yang bingit, itu sebenarnya mereka sedang berzikir, burung berkicau itu berzikir, pokok daun pulak takde le keluar bunyi tapi sebenarnya mereka berzikir, apa kaitan pula dengan kita manusia yang ada berhampiran?
 
 The Wall of Panti
16. Satu cabaran istimewa G. Panti adalah 'dinding', saya bagi nama kemeh sikit "wall of Panti", dinding adalah merupakan jurang batu dengan kecerunan 90'. Takdele tinggi sangat lebih kurang 15 ke 20 kaki juga jarak cabarannya. Cukup menggerunkan bagi orang bermasalah 'gayat'. Apapun inilah keseronokan pendaki, makin mencabar makinlah nak dilaluinya. "Kalau takut lautan berombak, jangan berumah ditepi pantai" Bagi yang pertama kali, mungkin akan menghabiskan masa berminit-minit disini sahaja. Sebab mata kena awas, step kena betul, kalau jatuh ni bukan senang orang nak papah turun. Apapun semua Berjaya turun dinding, kalau tak Berjaya pun kena turun jugak. 

17. Disini tahap kepercayaan dan kebergantungan seseorang akan diuji, dengar kata atau degil orangnya. Sekiranya kita orang yang mendengar arahan, proses menurun 'dinding' akan menjadi semudah ABC. Tapi jika kita tidak yakin dengan orang lain, dengan diri sendiri pun goyang, ber'chenta'lah lagi sekali kat sini. Masa turun ni teringat pulak cerita "Vertical Limit" macammana pendaki gunung mendaki dengan penuh cabaran ...sempat verangan tuh!,
18. Disini keperluan yang akan lebih memudahkan anda adalah glove dan kasut yang cukup sifat. Glove untuk memastikan jari jemari mulus anda tidak dimakan tali nylon tempat kita berpaut nak turun. Manakala kasut yang bersifat untuk pastikan grip pada lereng batu dapat dipijak kemas. Nak turun kaki ayam pun tak pa, takde sapa nak marah pun. 
19. Setakat hari ini semua peserta Berjaya menyempurnakan ritual turun 'dinding' tanpa cacat kekal atau cacat cela, semuanya cemerlang belaka. Kalau nak ada pun lambat sebab nak memikir cara letak kaki paling sesuai di lerengan kecil celahan dinding. Segala taktik akrobatik dinasihatkan supaya tidak diguna kerana silap langkah, boleh menyebabkan anda menyesal di kemudian hari. Turun macam biasa saja. 
20. Sambung bab tumbuh-tumbuhan berzikir dan kaitannya dengan manusia disekitarnya, sekarang saya bawa dalil bahawa tumbuhan sebenarnya berzikir dan mengeluarkan aura zikir yang positif lalu memberi kesan kepada makhluk terdekat:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ أَوْ مَكَّةَ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ ثُمَّ قَالَ بَلَى كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً فَقِيلَ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا أَوْ إِلَى أَنْ يَيْبَسَا
 
“Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. melalui dekat salah sebuah kebun di Madinah atau Mekah lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: “mereka berdua itu diseksa. Tidaklah mereka berdua itu diseksa kerana perkara yang besar. Kemudian baginda bersabda: “benar sekali, salah seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan daripada air kencingnya dan seorang lagi sering mengacum.” Kemudian Rasulullah s.a.w. meminta supaya dibawakan pelepah tamar kemudian baginda membelahnya kepada dua lalu meletakkannya pada setiap kubur itu. Baginda ditanya; Wahai Rasulullah! Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda menjawab: “Semoga itu akan meringankan daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau sehinggalah ia kering.” [Bukhari:216]
21. Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Fathul Bari menyatakan, pelepah tamar itu akan sentiasa bertasbih selagi ia basah. Jadi ini hujah bagi mengatakan bahawa makhluk Allah dari jenis nabat atau tumbuh-tumbuhan sebenarnya bertasbih bilamasa ia hidup. Aura dari tasbih zikir yang keluar dari tumbuhan, sepertimana dalam hadis Bukhari diatas, mampu untuk mengurangkan siksaan kubur, maka apatah lagi kesannya kepada manusia yang belum mati.  
 22. Perihal perlakuan nabi pada hadis Bukhari di atas open for debate, terpulanglah, ianya hipotesis masing-masing apapun dunia akan aman apabila kita membuka dada untuk mendengar hujah orang lain tanpa niat untuk meng'condemn'. Asalkan mempunyai dalilan yang kukuh serta takwilan yang berasas, maka kita hormatlah pendapat orang lain, sekiranya kita mahu pendapat kita dihormati.
23. Turun pun ambil masa lebih kurang 4 jam juga, tapi group bebas untuk launch sendiri, cuma yang agak mengelirukan tentang gunung Panti adalah trek. Pernah terjadi pendaki yang tersilap trek, naik gunung Panti keluar kat Gunung Lambak. Jadi sejak itu khidmat guider atau mereka yang berpengalaman diwajibkan. Ini adalah untuk tidak menyusahkan pekerja forest, JPAM, Bomba, Polis, Askar, Wataniah, tok batin orang asli untuk mencari kita kalau kita sesat barat dalam hutan.
24. Malam itu kami warm down di tepi tasik yang indah, lupa pulak nak Tanya apakenama tempat ni, tapi yang pasti ia cukup indah kalau dibuat berkelah, camping ramai-ramai, tapi kalau sorang-sorang ia cukup menyeramkan. Sebab ini adalah sebuah lombong tinggal. Lombong besi katanya, apapun kenangan bermalam tepi tasik sambil bedal BBQ lele, ayam, kambing pasti takkan dilupakan dalam waktu terdekat. Allahurabbi.
25. Nasib baik consultant ada bekalkan life jacket, ini kerana dasar lombong sangatlah dalam. Untuk pengetahuan tuan-tuan adik kakok sekelian, lombong tinggal adalah punca nahas yang mampu menghilangkan nyawa jika tersilap langkah. Ini kerana daya tarikan ditengah lombong akan menyebabkan orang akan tertarik ke dasar lombong. Kalau tak percaya cuba berenang ke tengah lombong, pastinya kaki kita akan merasa sejuk, ini kerana airnya bertakung, ini berlainan daripada air yang mengalir dan berarus seperti sungai, air terjun, laut, water park tak termasuk ea.
26. Selesai sudah misi Gunung Panti dan BBQ tepi lombong tinggal, tinggallah kenangan dan keinsafan buat insan yang menghargai setiap makhluk ciptaan Tuhan. 20/2/2015, mission accomplished. Balik semayang Jumaat, kalau dah gunung pun boleh kerabat takkan pi masjid pun tak larat yeoppp.
 
Post: Team yang sama akan buat misi kedua ke Gunung Muntahak hujung bulan 3/2015, ikut jalan air, sound interesting, tapi tengok bajet sendiri la jugak camane. Apapun cabaran akan diteruskan, usia bukan penghalang, hidup sihat , Allah suka hambaNya yang kuat.

Friday, February 7, 2014

ROAD TO GUNUNG BINTANG: ILMU HUTAN



Pra: Apa yang ada baca mungkin dapat menyelamatkan anda suatu hari nanti. Berkongsi pengalaman dari orang lain boleh menjadikan proses pelajaran menjadi singkat. Kepada semua MB, ini adalah pesanan dari senior kita, yang saya cari tak jumpa first sourcenya untuk bagi kredit. Apapun ilmu pengetahuan yang datang darinya akan memberi manfaat kepada dirinya dan diri kita. Counting day to SEDIM!

ILMU HUTAN Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg saya belajar..iaitu:

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.
2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar. 

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.
5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli. 

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing. 
7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..
8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar. 

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah. 

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2. 

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur. 

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.



5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu. 

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah. 

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi... Kredit: Harry Lord

Post; Kredit kepada Mohd Jamil Abu FB. Dan sesiapa saja yang menulis artikel yang sangat berguna kepada campers dan hikers.


Saturday, January 18, 2014

GUNUNG BINTANG DAN SUNGAI SEDIM RAFTING



1. Gunung Bintang ialah sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak. Tingginya 1,862 meter dari aras laut. Ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand. Pun begitu, puncak Gunung Bintang terletak di dalam sempadan negeri Kedah. Gunung Bintang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.untuk mendaki boleh melalui kampung Sedim.
 


2. Sertai Mukmin Backpackers merentas denai hutan sambil menyaksikan fauna dan flora, menjelajah gua, meredah jeram dan air terjun serta  mendaki gunung untuk menikmati panorama indah dari puncak gunung. Puncak Gunung Bintang merupakan batu sempadan bagi daerah di dua negeri. Jika berjaya sampai ke kemuncaknya, maka anda telah berada di Daerah Baling dan Daerah Kulim di negeri Kedah dan Daerah Ulu Perak dan Daerah Selama di negeri Perak pada suatu masa yang sama. 


3. Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas .Lokasi Latitude/ Longitude (WGS84) 5° 26' N; 100° 52' E. Misi Mukmin Backpackers kali ini berada  33 km dari Bandar Kulim dan 130 km dari Bandar Alor Setar melalui Jalan Karangan – Padang Serai.  Pendakian biasanya mengambil masa 3 hari 2 malam, tetapi akan di padatkan kepada 2 hari 1 malam.  


4. Trek bermula di Sungai Sedim lebih kurang setengah jam dari Kulim Hi Tec. Khidmat guider diwajibkan kerana jejak trek yang bersimpang dan laluan balak kerap mengelirukan pendaki. Cabaran ini tidak sesuai untuk golongan rendah adrenalin dan lemah kekuatan fizikal   


5. Kepada yang kurang stamina, buat latihan berjalan 10000 langkah/1jam 30min berjalan tanpa henti setiap hari... InsyaAllah boleh sampai puncak kecuali injured. Bonus untuk peserta kali ini adalah pada hari ketiga. Cabaran menyusuri jeram Sedim yang ekstrim untuk sehari suntuk. 


6. “White Water Rafting” setelah diterjemahkan secara harfiah adalah “Berakit di Air Putih”. Boleh juga dibaca dengan “menyusuri jeram berarus deras”. Pihak Mukmin Backpackers bersetuju seawal misi Ledang (22/9/2013), bahawa tahun 2014 adalah tahun sukan extrem bagi MB. Pemilihan Sungai Sedim sebagai lokasi sukan air extrem kali ini dibuat atas beberapa faktor menarik.



7. Sungai Sedim mengunjur sejauh 15 kilometer, sungai berarus deras ini telah diuji oleh pakar sukan extreme antarabangsa. Ia telah disenaraikan sebagai salah satu dari lima sungai terbaik untuk rafting dan kayak di dunia. Dengan reputasi sebaik ini, Sungai Sedim selayaknya menjadi destinasi penggemar sukan lasak, salah satu yang wujud di dunia. Ia disifatkan menyamai pengalaman rafting  jeram di Selangor oleh penggemar sukan tempatan. Sedim Rapid Kayaking Challenge telah diadakan disini pada tahun 1999 sekaligus melonjakkan nama Sedim ke peringkat antarabangsa.
  

8. Terdapat 24 jeram sepanjang Sungai Sedim seperti Salak Drop, Triple Rapid, Kasai Drop, Wall Drop, Lower Head Dam, Kawah Rapid, Jelutong Rapid, Rodeo Rapid, Slip Lip Rapid and Cyclone Hile. Cabarannya pula ada pada skala gred 3 hingga 4 (sila ke website) dimana diklasifikasikan mempunyai arus yang sangat kuat untuk rafting.



Disini juga ada satu-satunya Tree Top Walk, bernilai RM6 juta dibina oleh kerajaan persekutuan. Jarak sejauh 950m menjadikannya terpanjang di dunia.


PS: MB masih mempunyai beberapa kekosongan untuk sesiapa yang mahu join, tarikh tutup adalah pada 6/2/2014. Sekiranya ada yang mahu menyertai kembara penuh cabaran ini, sila pm ibnu moksen.facebook atau aburazeen.facebook. untuk group sesiapapun boleh lihat mukminbackpackers di facebook.