Saturday, March 7, 2015

WALL OF GUNUNG PANTI KOTA TINGGI AND MEET RAJA RIMBA


Pre: 19/2/2015.Misi menjelajah pergunungan selatan diteruskan, 'bagai lapar disuruh makan' pakcik dengan sukacitanya menyambut pelawaan Saufiq ibnu Moksen al-Ucopi dan Naz Raja Rimba bagi menjayakan XPDC Gunung Panti, Kota Tinggi, Johor. Terima kasih tidak terhingga kepada Naz, Raja Rimba (aumm aumm) team Seagate dan peserta misi Panti Februari 2015 setiap seorangnya. Alhamdulillah bumi tuhan ini tidak pernah gagal menambahkan kekaguman terhadap kekuasaan Ilahi, serta rahmatNya yang tak terperi. Dengan RahmatNya juga ramai kawan-kawan baru dapat dipanjangkan silaturrahmi. Allahurabbi. 

Ground:
1. Gunung Panti ...siapa siapa pun tak cerita kat pakcik dari mana asal usul nama Panti, yang tahu kat Indonesia ada juga gunung Panti, Kawasan ni antara tempat favourite pendaki memanaskan badan, selain belumut, lambak, ...kalau tahap ledang tu bukan panas badan ..itu namanya cabaran. Apapun, ibarat bertandang ke tempat orang, cakap kena awas, gerak kena pantas. Jangan pandang rendah sebarang ciptaan Allah. Hikers Golden Rule #1.
2. Kali ini bukan anjuran Mukmin Backpackers, tapi tumpang 'tui' Raja Rimba, mereka adalah geng freelance yang buat konsultan aktiviti outdoor di sekitar Johor, semua nice-nice orangnya very helpful dan cepat mesra, typical Johorean. Apapun niat memanjangkan ukhuwah dapat di aplikasikan apabila 19 anggota yang kenal baru kenal bergerak bersama clinging each other turun naik bukit sepanjang hari.
3. Ahli MB ada seramai 3 orang, tapi kami tak tayang logo rasmi MB kat sini, tawadhuk le katakan, menumpang group orang ..agak-agak je la, jadi harini saya dan saufiq jadi model Columbia walau tidak diiktiraf oleh Columbia (R) sekalipun tidak sampai tahap underlicense atau underwater. Ni namanya Model Columbia Skudai haprak punya!. (Disclaimer: Ucop pakai kasut Columbia ori punyer)
4. Terdapat beberapa lokasi untuk memulakan pendakian, selain dari dekat Kampung Lukut, pendaki boleh juga ambil dari Jalan Mersing. Kalau nak pergi Mersing sebelum jumpa kubu perang zaman Jepun ada Panti Bird Sanctuari, jadi dekat dekat situ pun boleh mendaki. Tapi macam biasa regulation kena ikut, kena buat register kat Jabatan Hutan, report polis, kang kalau hilang tak balik 2 3 hari  idakle orang buat tak tahu pulak. 
5. Kali ni, kami mendaki mula masuk kebun sawit orang, agak mencabar mulanya sebab sendiri tak mau buat stretching, seb beik sepanjang minggu sebelum ni ada buat exercise, at least tak de la  internal injury. Saya tidak hairan dengan team consultant tengok equipment pun dah tahu, selalu sangat masuk hutan. Jadi mereka tak perlu stretching macam kami yang 3 bulan baru sekali sentuh kasut hiking. ...tu baru sentuh.
6. Satu keistimewaan apabila kita mendaki gunung, keperibadian seseorang akan cepat terserlah. Kalau jenis motivasi kuat, maka ia tidak akan cepat putus asa, malah akan inspiring orang sekelilingnya, tapi kalau low motivate atau low self esteem, maka ....ber'chenta'lah nak sampai ke puncak dibuatnya. Kalau jenis yang semangat ..berat badan 90 - 100 kilo pun takde mende, macam sorang group member si 'Mail', sangat sangat bermotivasi, masih mampu menguntum senyuman walau Nampak macam nak putus nyawa layaknya.
7. Konsultan yang berpengalaman banyak memain peranan sebagai fasilitator untuk setiap lekuk cabaran. Walau sebenarnya pendaki sendiri yang patut tolong diri sendiri tapi 'kegagahan' guider akan meyakinkan pendaki yang newbies atau pertama kali supaya menyempurnakan pendakian. Untuk markah penampilan sahaja pakcik dah bagi 4 bintang, kepada abang Nas dan Cik a.k.a black diatas. Macam sojar tinggal tak bawa senjata je lagi. Camouflage yang hebat akan membantu anda lebih yakin  ....nak tahu cubalah. 
 
 
The Peak
8. Untuk sampai ke puncak di ketinggian 1,498 kaki, Gunung Panti memberikan cabaran tersendiri. Batuan berlumut bakal memberikan thrill yang para pendaki mahukan. Kalau hujan lebat disini lebih baik jangan ambil trek berbatu seperti diatas, carilah yang ada tempat berpegang, kerana kebiasaannya batu batu berlumut ini akan menjadi tempat turun air. Kalau degil nak juga, pastikan kasut anda punya grip extraordinary punya, kalau tidak ada orang cium batu laaa. 
9. Tiada yang lebih menyeronokkan untuk pendaki selain dapat pijak ke kemuncak pendakian. Seronok satu lagi bila dah sampai bawah masa nak balik. Beberapa astonishing view sekitar Daerah Kota Tinggi pada ketinggian 531 M sempat dirakam oleh kamera henpon Ucop. Lupa nak bagitau henpon pakcik tertinggal kat rumah, ekspidisi kali ni cuma bawa power bank ajer ....apa ke jadah!. Apapun Allah tak bagi pakcik bawa henfon mesti ada sebabnya. Husnuz dzon dan serah kepadaNya sahajalah. 
10. Masa perjalanan naik tadi hujan gerimis mengundang sehingga menyebabkan poncho 2 ringgit mengambil tempat. Mujur Ucop masih simpan ponco yang digelak-gelakkan itu, persis plastic zabalah (sampah) aje. beza cuma ada lubang dan headcap. Tapi syukurlah dengan hujan tadi Allah telah berikan pemandangan yang cukup indah dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata buat kami hari ini. Ok hujan kejab ajer sekira-kira tidak merosakkan smartfon jika masuk dalam poket tapi cukup untuk membuat kita tidak selesa kalau hiking pakai seluar jeans.
 
11. Mula naik dalam pukul 9.00 lebih sikit sampai puncak ngam ngam zohor masuk. Alhamdulillah boleh solat kat atas, untuk average sebenarnya hanya 2 jam diperlukan untuk sampai ke puncak, tapi kali ni lebih banyak santai dan sembang-sembang dan tunggu orang. Ini menjadikan perjalanan ambil masa kurang lebih 4 jam. Bak kata Nora Danish ....kita enjoy!.
12. Seperti biasa, ambil oksijen, kawasan semulajadi sebegini sememangnya mendamaikan. Hati jadi tenang, fikiran jadi lapang, nafas jadi lancar, hati ingat Allah. Lupa kejab mengah dalam perjalanan, sangap menuntut kerehatan, sendi tubuh yang minta diregangkan. Semuanya berkat alam semulajadi yang diciptakan firsthand oleh Allah kepada hambaNya yang mahu berfikir.  
13. Kalau kita terperasan, apabila kita mendaki, bila kita jumpa pendaki yang lain, kita paling kurang akan menguntumkan senyuman.  Meskipun tidak dikenali, walaupun berlainan bangsa, pada yang pernah naik kinabalu, tambah tambah lagi bertembung dengan mat saleh kemain lagi nak speaking walau bersepah perginya. Yang penting kita akan jadi ramah automatic. Pengalaman yang sama berlaku apabila mendaki gunung Pulai (ada orang sebut 'bukit', no offence!) rata-rata yang naik akan tegur kita, at least "good morning!""are you alright?" bila deorang lihat muka awak pucat-pucat tak cukup oksigen.  Padahal kalau jumpa kat tepi jalan tengah Bandar tak rasa pula nak tegur orang bagaii.   
14. Antara faktornya adalah apabila kita berjumpa dengan orang yang berkecenderungan sama, contohnya suka mendaki, pasti kita akan suka. bila suka kita akan jadi ramah, bila ramah kita akan ringan mulut. maka berlakulah komunikasi. walaupun bersepah atau ke laut perginya. we share the same hobby. Faktor kedua: kita balik ke semulajadi, tak disibukkan dengan handset. Jaranglah jumpa orang menguliti henfon masa sedang mendaki melainkan mereka yang tak boleh beregang dengan gadget as part as their limb!. 
15. Faktor lain lagi, ialah kerana kita dipengaruhi oleh alam semulajadi, Alam semulajadi terdiri dari pokok, daun, lumut, flora, fauna, serangga, unggas, haiwan dan segala bagai. Semua makhluk Allah tadi semuanya bersifat semulajadi, mereka semua berzikir kepada Allah mengikut cara tersendiri. Kalau dengar bunyi katak yang bingit, itu sebenarnya mereka sedang berzikir, burung berkicau itu berzikir, pokok daun pulak takde le keluar bunyi tapi sebenarnya mereka berzikir, apa kaitan pula dengan kita manusia yang ada berhampiran?
 
 The Wall of Panti
16. Satu cabaran istimewa G. Panti adalah 'dinding', saya bagi nama kemeh sikit "wall of Panti", dinding adalah merupakan jurang batu dengan kecerunan 90'. Takdele tinggi sangat lebih kurang 15 ke 20 kaki juga jarak cabarannya. Cukup menggerunkan bagi orang bermasalah 'gayat'. Apapun inilah keseronokan pendaki, makin mencabar makinlah nak dilaluinya. "Kalau takut lautan berombak, jangan berumah ditepi pantai" Bagi yang pertama kali, mungkin akan menghabiskan masa berminit-minit disini sahaja. Sebab mata kena awas, step kena betul, kalau jatuh ni bukan senang orang nak papah turun. Apapun semua Berjaya turun dinding, kalau tak Berjaya pun kena turun jugak. 

17. Disini tahap kepercayaan dan kebergantungan seseorang akan diuji, dengar kata atau degil orangnya. Sekiranya kita orang yang mendengar arahan, proses menurun 'dinding' akan menjadi semudah ABC. Tapi jika kita tidak yakin dengan orang lain, dengan diri sendiri pun goyang, ber'chenta'lah lagi sekali kat sini. Masa turun ni teringat pulak cerita "Vertical Limit" macammana pendaki gunung mendaki dengan penuh cabaran ...sempat verangan tuh!,
18. Disini keperluan yang akan lebih memudahkan anda adalah glove dan kasut yang cukup sifat. Glove untuk memastikan jari jemari mulus anda tidak dimakan tali nylon tempat kita berpaut nak turun. Manakala kasut yang bersifat untuk pastikan grip pada lereng batu dapat dipijak kemas. Nak turun kaki ayam pun tak pa, takde sapa nak marah pun. 
19. Setakat hari ini semua peserta Berjaya menyempurnakan ritual turun 'dinding' tanpa cacat kekal atau cacat cela, semuanya cemerlang belaka. Kalau nak ada pun lambat sebab nak memikir cara letak kaki paling sesuai di lerengan kecil celahan dinding. Segala taktik akrobatik dinasihatkan supaya tidak diguna kerana silap langkah, boleh menyebabkan anda menyesal di kemudian hari. Turun macam biasa saja. 
20. Sambung bab tumbuh-tumbuhan berzikir dan kaitannya dengan manusia disekitarnya, sekarang saya bawa dalil bahawa tumbuhan sebenarnya berzikir dan mengeluarkan aura zikir yang positif lalu memberi kesan kepada makhluk terdekat:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ أَوْ مَكَّةَ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ ثُمَّ قَالَ بَلَى كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً فَقِيلَ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا أَوْ إِلَى أَنْ يَيْبَسَا
 
“Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. melalui dekat salah sebuah kebun di Madinah atau Mekah lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: “mereka berdua itu diseksa. Tidaklah mereka berdua itu diseksa kerana perkara yang besar. Kemudian baginda bersabda: “benar sekali, salah seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan daripada air kencingnya dan seorang lagi sering mengacum.” Kemudian Rasulullah s.a.w. meminta supaya dibawakan pelepah tamar kemudian baginda membelahnya kepada dua lalu meletakkannya pada setiap kubur itu. Baginda ditanya; Wahai Rasulullah! Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda menjawab: “Semoga itu akan meringankan daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau sehinggalah ia kering.” [Bukhari:216]
21. Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Fathul Bari menyatakan, pelepah tamar itu akan sentiasa bertasbih selagi ia basah. Jadi ini hujah bagi mengatakan bahawa makhluk Allah dari jenis nabat atau tumbuh-tumbuhan sebenarnya bertasbih bilamasa ia hidup. Aura dari tasbih zikir yang keluar dari tumbuhan, sepertimana dalam hadis Bukhari diatas, mampu untuk mengurangkan siksaan kubur, maka apatah lagi kesannya kepada manusia yang belum mati.  
 22. Perihal perlakuan nabi pada hadis Bukhari di atas open for debate, terpulanglah, ianya hipotesis masing-masing apapun dunia akan aman apabila kita membuka dada untuk mendengar hujah orang lain tanpa niat untuk meng'condemn'. Asalkan mempunyai dalilan yang kukuh serta takwilan yang berasas, maka kita hormatlah pendapat orang lain, sekiranya kita mahu pendapat kita dihormati.
23. Turun pun ambil masa lebih kurang 4 jam juga, tapi group bebas untuk launch sendiri, cuma yang agak mengelirukan tentang gunung Panti adalah trek. Pernah terjadi pendaki yang tersilap trek, naik gunung Panti keluar kat Gunung Lambak. Jadi sejak itu khidmat guider atau mereka yang berpengalaman diwajibkan. Ini adalah untuk tidak menyusahkan pekerja forest, JPAM, Bomba, Polis, Askar, Wataniah, tok batin orang asli untuk mencari kita kalau kita sesat barat dalam hutan.
24. Malam itu kami warm down di tepi tasik yang indah, lupa pulak nak Tanya apakenama tempat ni, tapi yang pasti ia cukup indah kalau dibuat berkelah, camping ramai-ramai, tapi kalau sorang-sorang ia cukup menyeramkan. Sebab ini adalah sebuah lombong tinggal. Lombong besi katanya, apapun kenangan bermalam tepi tasik sambil bedal BBQ lele, ayam, kambing pasti takkan dilupakan dalam waktu terdekat. Allahurabbi.
25. Nasib baik consultant ada bekalkan life jacket, ini kerana dasar lombong sangatlah dalam. Untuk pengetahuan tuan-tuan adik kakok sekelian, lombong tinggal adalah punca nahas yang mampu menghilangkan nyawa jika tersilap langkah. Ini kerana daya tarikan ditengah lombong akan menyebabkan orang akan tertarik ke dasar lombong. Kalau tak percaya cuba berenang ke tengah lombong, pastinya kaki kita akan merasa sejuk, ini kerana airnya bertakung, ini berlainan daripada air yang mengalir dan berarus seperti sungai, air terjun, laut, water park tak termasuk ea.
26. Selesai sudah misi Gunung Panti dan BBQ tepi lombong tinggal, tinggallah kenangan dan keinsafan buat insan yang menghargai setiap makhluk ciptaan Tuhan. 20/2/2015, mission accomplished. Balik semayang Jumaat, kalau dah gunung pun boleh kerabat takkan pi masjid pun tak larat yeoppp.
 
Post: Team yang sama akan buat misi kedua ke Gunung Muntahak hujung bulan 3/2015, ikut jalan air, sound interesting, tapi tengok bajet sendiri la jugak camane. Apapun cabaran akan diteruskan, usia bukan penghalang, hidup sihat , Allah suka hambaNya yang kuat.