Friday, February 9, 2024

KAPAK GANZO : REVIEW

 


BURY THE HATCHET

berdamai

1. Manusia zaman batu, hanya gunakan beliung bermata obsidian untuk hidup …dan mereka survive, hingga tiba Nabi Daud yang dilembutkan besi padanya, maka manusia mencipta pelbagai jenis alat daripada logam tersebut.

2. Beliung berevolusi menjadi kapak, yang kecil dipanggil hatchet yang besar dipanggil axe, paling viral zaman apache adalah tomahawk sehingga pesawat pun ada nama tomahawk jangan silap ada daging nama tomahawk.

3. Jarang orang bawa kapak masuk hutan sebab hikers bukan kerja dia nak tebang pokok nak cari kayu api pun, biasa dah bawa gas dapur, jadi kayu api dan tinder bukanlah satu masalah besar.

4. Cuma ia kekal menjadi alat yang unik jika kena pada gaya dan tahu trick penggunaannya dengan betul. Jika untuk tempoh yang lama mungkin relevan sebab nak buat rumah kabin takkan nak pakai parang aja.

5. Kapak ni bukan kelengkapan utama orang Melayu, melainkan untuk cari dan potong kayu api, lain dengan Hawkeye (Last of Mohican), Rick dalam Walking Dead bawa kapak kehulu kehilir sangkut kat seluar aja… satu lagi Abraham Lincoln pun pakai kapak tapi memang rare ada senapang dalam dia.

6. Cuma kapak Melayu ada satu yang orang jarang tengok, itu namanya kapak siam lebih kecil dari Hatchet, mungkin besar dua ruas jari sahaja, kecil sehingga bisa disorok dalam semutar, hulunya diikat dipenghujung kain dan cara mainnya dengan lontaran, mungkin tidak membunuh musuh tapi kecederaan biasanya fatal.

7. Kapak survival kini sudah ada yang murah, Ganzo contohnya, kali terakhir tengok berharga RM150.00 dalam Shopee, rivalnya mahal, untuk budget sesuai pakai Ganzo, dia ada sheath (cover) siap hook sangkut kat seluar, jadi tak payah pegang atau sangkut kat bag.


8. dalam hulu ganzo ada portable gergaji, kalau malas nak mengapak, menggergajipun ok. Cuma saya selesa kalau mengapak keluarkan gergaji tu, agak annoying sebab dia gegar. Kat sheath dia ada ferro rod untuk fire starter.

9. Built dia ringan mata dia berat sebab bahagian atas mata kapak ada fungsi hammer. Balancing dia agak sesuai untuk baling dan terpacak, tapi kena train banyak kalilah. Berat dalam 860g siap ada lubang untuk taruk lanyard Kalau tak bawak masuk hutan pun sangat handy untuk buat kerja keliling rumah.    

Aburazeen

“habis kapak berganti beliung”

Saturday, June 24, 2023

TRAVEL HAJI ZAMAN 1924 DULU DULU

 Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang #pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-


• Kos menunaikan haji sekitar 500 - 600 Ringgit Malaya.


• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)


• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.


• Ada 2 pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang


• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 - 17 hari.


• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk #dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.


• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.


• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.


• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.


• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.


• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.


• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.


• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.


• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.


• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air


• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.


• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.


• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.


• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.


• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.


• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah. 

Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam. 


• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.


• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.


• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.


• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.


• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.


• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.


• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.


• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.


# Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.  


Kredit by:

Hasanuddin Yusof

Maktab Penyelidikan

Tamadun Alam Melayu dan Islam.